Sunday, January 10, 2010

- CENDAWAN TEKNOLOGI THAILAND -

Salam semua...

Kami ucapkan selamat menyambut tahun 2010, moga lebih berjaya tahun ini.

Semalam, 9 Januari 2010, kami baru sahaja terima kunjungan pasukan Cendawan Puchong yang melawat tapak tanaman kami di Kampung Paya Guring, Pauh, Arau, Perlis.

Pihak Cendawan Puchong diketuai Encik Zulkifli Ariff yang mempunyai "misi besar" mempelajari cara mengatasi masalah penyakit "Kulat Hijau" adalah kali pertama melihat dan mempelajari teknik bancuhan medium cendawan menggunakan teknologi yang kami pelajari dari pertanian Thailand. Sememangnya team Cendawan Puchong amat berpuas hati dengan hasil dan kualiti yang meningkat berkali ganda menjadi purata 150gram sekali tuai berbanding hasil sebelum ini yang cuma 50gram purata setiap kali tuai. Malahan dapat mengurangkan risiko kerosakan bongkah cendawan melalui teknik dan proses yang lebih tepat.

Berikut adalah perkongsian gambar dan video klip hasil lawatan ke bangsal dan pusat pemprosesan medium bongkah cendawan;

Ketibaan pasukan Cendawan Puchong;

Disambut dengan habuk kayu segar dari kilang;

Susunan bongkah cendawan ala Thai;

Teknologi rak cendawan dari Thailand;

Pakar "kulat hijau" dari Puchong bertemu pakar ilmu cendawan Thailand;